Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Johor ke YHL Desaru Farm

YHL mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Dato Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan Ahli Lembaga Pengarah J-Biotech Holdings atas kesudian mengadakan Lawatan Kerja ke YHL Desaru Farm semalam, 28 April 2025.

Pihak YHL turut berkesempatan memberi taklimat berkaitan Pelan Perancangan Keseluruhan Pembangunan YHL Desaru Farm yang menyaksikan pemerkasaan dan pengukuhan agenda Keterjaminan Makanan terutama dalam pembangunan rantaian-lengkap industri akuakultur, aktiviti R&D berkaitan, Inisiatif Pembangunan Usahawan-Akua Johor (Johor Aquaprener Development Initiative, JADI), serta perkembangan pembangunan projek Ekopelancongan Arubay, seterusnya disusuli dengan lawatan ke kolam ternakan udang YHL Desaru.

Turut sama dalam lawatan ini ialah YB Dato’ Zahari Bin Sarip (Exco Pertanian, IAT dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor), YB Dato’ Haji Asman Shah Bin Abd Rahman (Timb. SUKJ – Pembangunan), YB Dato’ Haji Ashari Bin Haji Kasnan (KPE Johor Biotech) dan wakil Jabatan Perikanan Negeri Johor.

Bagi pihak YBhg. Datuk Mohd Khalil Bin Kader Mohd (Pengerusi Kumpulan YHL), Encik Low Yuan Heng (Pengarah Urusan Kumpulan YHL) serta En. Koh Tien Hwee dan En. Fong Chee Kid (antara rakan kongsi YHL) yang turut hadir semasa lawatan ini, juga dari seluruh warga kerja Kumpulan YHL merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian YAB Menteri Besar Johor, YB Exco Pertanian Negeri Johor dan semua tetamu bagi lawatan bermakna ini, serta sokongan yang diberikan demi kelangsungan usaha pembangunan YHL secara keseluruhannya.