Johor sasar Bio-Desaru menjadi pelopor pembangunan pertanian

YB Tuan Haji Tosrin Bin Jarvanthi (kanan)

Tosrin (kanan) mengadakan lawatan kerja penternakan udang di ladang perternakan YHL Aquatics Sdn Bhd, baru-baru ini.

KOTA TINGGI, 21 FEB : Kerajaan negeri menyasarkan projek pembangunan Bio-Desaru: Lembah Makanan Organik Johor menjadi pelopor pembangunan pertanian, selain pengeluar makanan utama negeri seiring dengan Gagasan Revolusi Hijau menerusi Belanjawan Negeri 2020.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi, berkata pembabitan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutama dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan dijangka menepati sasaran, sekali gus memberi keuntungan semula kepada kerajaan.

Katanya, selaku anak syarikat kumpulan Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech), Bio Desaru Sdn Bhd bertanggungjawab dalam membangunkan projek ini dengan sasaran utama dalam sektor pembangunan hab makanan di daerah Kota Tinggi.