Lawatan Kerja oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)

16 Januari – YHL Desaru Farm amat berbesar hati menerima kunjungan sempena Lawatan Kerja oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) bersama delegasi MOSTI, Bioeconomy Malaysia dan Johor Biotech.
Pada sesi ini, YB Menteri dan para delegasi berkesempatan melihat dengan lebih dekat dan meneroka praktis serta inovasi YHL dalam aktiviti penternakan akuakultur. Turut diketengahkan semasa lawatan ini ialah inovasi pembiakan dan pembenihan udang Vanamei melalui pemilihan genetik (Vanamei shrimp genetik breeding innovation), pembangunan genetik bagi pembiakan tiram tetraploid dan triploid, serta inisiatif carbon-credit melalui sistem IMTA (Carbon-credit methodology development of IMTA system & oyster cultivation).
 
Bagi pihak Pengerusi dan Pengarah Urusan, serta seluruh keluarga YHL, pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak MOSTI, terutamanya atas kesudian YB Menteri atas lawatan ini dan sokongan yang diberikan.
 
Juga sekalung penghargaan kepada Bioeconomy Malaysia atas kepercayaan berterusan dari langkah pertama YHL di dalam industri ini.
 
Tidak dinafikan, sokongan berterusan dari Kerajaan Negeri Johor terutamanya kepercayaan diberikan oleh Johor Biotech menjadi teras kepada kejayaan semasa dan yang mendatang.
 
Sokongan dan kepercayaan ini menjadi pemangkin kepada YHL untuk terus memartabatkan industri Akuakultur tempatan, selari dengan kemampanan inovasi dan agenda keselamatan makanan Negara.
 
YHLF Biotech – Thailand Co., Ltd.
YHL Aquatic 白虾养殖场
Yhl Aquatic